Thursday, May 18, 2006

KELUARGA HJ.ZAHARI B.DAHALAN

Hjh.Zahari adalah anak ke 2 daripada 11 adik-beradik keluarga Dahalan B.Mahyudin dan Zabedah Bt.Abd.Aziz.Beliau lahir pada 27hb.Oktober 1936 dan berkahwin dengan Hjh.Siti Zabidah Bt.Hj.Abd.Jalil dan mempunyai 8 orang anak-Ahmad Zabidi(1959),Zulkifli(1960),Faridah Hanim(1961),Juriah(1963),Azhar(1966),Norlida(1967),Norazah(1973) dan Nor Ashikin(1976).Beliau bekas pesara tentera(Pegawai Waran II) dan tinggal di Perumahan Awam,Batu 4,Kamunting,Taiping,Perak.

Ini gambar Ahmad Zabidi B.Zahari yang meninggal dunia pada tahun1971 semasa berumur 12 tahun akibat sawan.
Ini keluarga saya,Zulkifli B.Zahari dan isteri saya,Eshah Bt.Othman dan tiga orang anak saya,Muhammad Aliff(1990),Nur Athirah(1992) dan Muhammad Azim(2000).Saya tinggal di Bandar Sri Damansara,Selangor.Isteri saya berasal dari Kamunting,Taiping,Perak dan bertugas sebagai Penolong Kanan,SMK Sri Damansara(2),Bandar Sri Damansara,Petaling Jaya.
Bergambar bersama adalah ayah saya,Hj.Zahari B.Dahalan dan Ibu,Hjh.Siti Zabedah Bt.Abdul Jalil.
Ini keluarga Hjh.Juriah Bt.Zahari dan suaminya,Hj.Hashim B.Barudin dan 4 orang anaknya,Khairul Muslim,Khairul Faizi,Faizatul Hamizah dan Khairul Naeem.Hj.Hashim adalah seorang pensyarah di UiTM,Arau,Perlis dan sekarang sedang menyambung pelajaran peringkat PhD di UTM,Skudai,Johor.
Ini keluarga Hjh.Norlida Bt.Zahari dan suaminya,Hj.Abdul Malik B.Abd.Ghani dan 4 orang anaknya,Mohamad Nurarief Daniel,Aiman Nabila,Aiman Najiha dan Mohamad Naquib Daniel.Mereka berdua bertugas sebagai guru di Selama,Perak.
Ini keluarga Azhar B.Zahari dan isterinya,Marhayati Bt.Abd.Rashid dan tiga anaknya,Muhammad Ilham,Muhammad Dhamirel dan Natasha Suraya.Mereka tinggal di Bukit Jelutong,Shah Alam,Selangor.Azhar seorang akitek mempunyai firmanya,Azhar Zahari Architect dan isterinya seorang peguam mempunyai firmanya,Hayati Rashid & Partners.
Ini keluarga Dr.Norazah Bt.Zahari dan suaminya,Fauzul Azam B.Aziz dan dua orang anaknya,Najmi Faiz dan Nuqman Arif.Dr.Norazah seorang doktor di Hospital Universiti,Petaling Jaya dan suaminya seorang jurutera di Maxis.Mereka tinggal di Kota Kemuning,Klang,Selangor.

Ini keluarga Nor Ashikin Bt Zahari dan suaminya S.Samprizal B.Selamat dan anaknya,Ahmad Harraz dan Aina Ulfah.Mereka tinggal di Kg.Kepayang,Simpang Pulai,Perak.Nor Ashikin adalah seorang guru di Sek.Ren.Kg.Kepayang,Simpang Pulai,Perak

3 comments:

Sport said...

A'kum

Saya Ibrahim Bin Adnan Bin Kamarudin Bin Abdul Samad. Saya ingin mencari keturunan saya yang sudah lama terputus. Saya ingin bertanya pada saudara. Berapa orangkah adik beradik Dahalan dan siapakah nama adik beradik beliau?

Mengikut dari cerita ayah saya, kami sekeluarga berketurunan panglima hitam. Moyang saya Abdul Samad anak kelahiran Kuala Kangsar.

Saya sekadar ingin bertanya pada saudara jika dapat membantu saya untuk mencari keturunan saya semula.

Wslm

Hj.zul said...

Assalamualaikum,
Minta maaf lambat jawap.Lama tak update blog ini.Tok saya ada 7 org adik-beradik.Tapi kakak kpd tok saya nama Mentamah seorang Bidan kampong di Kuala Terong dikenali ramai orang.Org tua kata kami pun asal Kuala Kangsar tapi saya pun sampai dead end.Ada satu keluarga di Lubuk Merbau nama Ngah Puan Bt.Mirin(suami Hj.Mat Aris) pun ada kait juga.Senang saudara Ibrahim contact saya zultiger60@gmail.com

ronhelloron said...

azhar zahari, itu boss saya! salute!