
Ini keluarga Azma Bt.Abd.Karim dan suaminya,Arazmi B.Rasit yang tinggal di Kem Sg.Besi,Kuala Lumpur.
Ruangan ini adalah untuk keturunan Mahyudin b.Panglima Hitam & Maheran Bt.Saleh dan Jiloi B.Saleh mengenali dan berinteraksi diantara satu sama lain.Sebarang gambar,dokumen atau cerita untuk dikongsi bersama amat dialu-alukan.Disamping itu silsilah keluarga sedang dikemaskini.Semoga usaha ini dapat mengeratkan tali silatul rahim.
Ini keluarga Nasir B.Said yang tinggal di Kg.Simpang,Taiping,Perak dan bertugas sebagai Guru Besar,Sek.Ren.Padang Gajah,Bruas,Perak.Nasir adalah anak sulong Mak Jang Hjh.Jamaliah Bt.Dahalan.
Gambar di atas Muhammad Hakim B.Nordin dan isterinya,Azirawaty Bt.Tadzri.Mereka baru melangsungkan perkahwinan pada 8hb.Julai 2006.Muhammad Hakim adalah anak sulong kepada Hjh.Azizah Bt.Said dan Prof.Madya Dr.Nordin B.Abd.Rahman dan cucu Mak Jang Hjh.Jamaliah Bt.Dahalan.
Ini keluarga Abd.Razak B.Said yang tinggal di Alor Setar dan bertugas di JKR Kedah,Alor Setar.Beliau adalah anak ke 4 keluarga Hjh.Jamaliah Bt.Dahalan.